Pages

Sunday, April 24, 2011

My Summer 3

(Kantin SBPI Gopeng, Feb 2011)

Saya teringat pada suatu petang hujan turun dengan amat lebat. Di pekan Gopeng, saya menggalas beg berisi laptop dan sehelai dua pakaian sedang menunggu bas untuk masuk ke sekolah lama, nun agak jauh ke dalam. Berhajat untuk ziarah guru dan adik-adik. 

Perbualan singkat sebelum menaiki bas bermain di kotak memori saya.

My Summer 2


Setiap kali semasa cuti, saya suka untuk melawat guru-guru di KMS. Alhamdulillah, pada tahun ini Allah izinkan saya untuk melawat guru-guru di Ta’yah dan SBPI Gopeng. Hati terasa luluh bila mendengar butir-butir mutiara cikgu mengucapkan doa tulus buat anak muridnya semoga berjaya di dunia dan akhirat.

My Summer 1

(Taman Tasik Proton, Tanjung Malim 3 Feb 2011)

Alhamdulillah. Cuti musim panas kali ini terasa istimewa bagi saya. Sebelum mula praktikal, saya hanya duduk di rumah. Membantu kerja-kerja rumah dan memasak. Walaupun rutin harian sebagai suri rumah sepenuh masa (sejak pemergian bonda tercinta) boleh dikatakan hampir sama saja setiap hari, namun pengajaran dan didikan yang Allah berikan berwarna warni dan cukup berseni.

Wednesday, February 9, 2011

Ibuku sayang

5 Februari 2005
25 Zulhijjah 1425H




Larian saya sudah satu kilometer saya kira. Masih lagi berbaki 6 kilometer. Meskipun merentas desa bukanlah menjadi kepakaran, namun tetap saya gagahkan jua. Saya dan rakan-rakan terpaksa meredah jalan berbukit yang dikelilingi hijau pokok-pokok kelapa sawit dan hijau tahi lembu yang sedikit kurang menyenangkan. Sedang gigih saya meneruskan larian, tiba-tiba Cikgu Wan menjemput saya dengan kereta. "Ada orang nak jumpa awak" kata Cikgu Wan, sedikit serius nadanya.

Hati saya mula berdebar. Ia situasi yang mungkin biasa saya tonton di kaca TV. Namun hari ini saya pelakonnya.


Wednesday, January 19, 2011

Sekapur sirih




Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Alhamdulillah, anda dan saya masih boleh tersenyum hari ini. Daripada Allah kita datang,  kepada Allah juga kita akan kembali. Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, keluarga dan para sahabat baginda, para tabi’ tabi’in.

Kadangkala ada masanya, dalam hidup ini tiba-tiba hati terasa sayu tanpa ada jawapan. Meskipun sekeliling hiruk pikuk, jiwa terasa sepi sendirian. Dunia tumpangan ini kadang2 memang memenatkan. Ya Allah jauhkan kami dari sifat lemah dan putus asa. Kuatkan semangat kami. Tiada alasan untuk kami bermalas-malasan. Jadikanlah akhirat nanti bagi kami benar-benar masa kerehatan.
October 25, 2010 at 7:20pm