Pages

Sunday, April 24, 2011

My Summer 3

(Kantin SBPI Gopeng, Feb 2011)

Saya teringat pada suatu petang hujan turun dengan amat lebat. Di pekan Gopeng, saya menggalas beg berisi laptop dan sehelai dua pakaian sedang menunggu bas untuk masuk ke sekolah lama, nun agak jauh ke dalam. Berhajat untuk ziarah guru dan adik-adik. 

Perbualan singkat sebelum menaiki bas bermain di kotak memori saya.

“Kamu ada payung tak?” tanya Pakcik Abu (bukan nama sebenar)

“Hmm tak ada pakcik” balas saya.

"Okay2 naik2" kata Pakcik Abu putus-putus kedengaran di balik hujan.

Lalu bas lama itu saya naiki.

Sampai di hadapan sekolah, 

“Nah” kata pakcik Abu sambil menghulurkan payung miliknya.



(Payung pemberian Pakcik Abu)


Saya yang sedikit tergamam ingin menolak kerana pasti Pakcik Abu memerlukannya. 
Namun beliau berkeras ingin memberikannya.

Subhanallah.


Kisah yang saya coretkan ini mungkin kelihatan kecil. Tetapi saya memandang tarbiyah Allah ini dalam ruang lingkup yang lebih luas.

Saya dapat melihat dan merasakan keikhlasan yang terpancar di wajah Pakcik Abu. Ia mengingatkan saya walau apa pun yang kita lakukan, berusahalah untuk ikhlas. Biarpun kita bekerja menyapu sampah di jalan, mahupun CEO besar di syarikat besar, ikhlas akan membuatkan hati kita seronok bekerja.

Kita tidak akan berasa lemah atau terlalu merendah diri
kerana di sisi Allah kita sama saja.

Kita tidak akan berasa ego dan tinggi diri
kerana di sisi Allah kita sama saja.

Ikhlas itu membezakan kita.

Hati yang ikhlas itu kosong di sisi manusia. 

Seronok membawa bas kerana dapat menghantar mereka yang ingin menuntut ilmu.
Seronok mengutip sampah kerana dapat memudahkan perjalanan orang.
Seronok menjadi CEO yang amanah kerana tidak mengambil hak orang lain.

Segalanya terus disandarkan kepada Allah.
Bekerja untuk mencari redha Allah dengan mencari rezeki yang halal.

Kata Kiyai Aagym, orang ikhlas itu sifatnya jarang kecewa.

Ketika kamu menyapu sampah, orang tidak mengatakan “terima kasih pakcik”, jangan kecewa.

Ketika kamu di satu majlis keraian orang yang tidak meraikan kamu sebagai orang besar, jangan kecewa.

Kerana jangan lupa Allah melihat usahamu.
Kerana Allah mengetahui isi hatimu.
Kerana di sisi Allah amalan kamu yang ikhlas itu amat tinggi nilaiannya. 

Wallahu'alam.

Mari ikhlaskan hati :)

No comments:

Post a Comment