Pages

Sunday, December 2, 2012

Relax, and Get Back Up!

Maghrib Prayer after Halaqah at UniSA lecture theatre
Kadang-kadang terlalu banyak perkara perlu dilakukan dalam masa yang singkat menyebabkan kita rasa tertekan, down, stuck-tak tahu hendak susun langkah seterusnya, dan takut untuk melukis masa depan.

Sesekali 'sunyikan hati' ambil sedikit masa untuk tenangkan fikiran, refresh niat dan tujuan, senyum mengenangkan dunia tiadalah apa2 melainkan semata-mata persinggahan, berazam untuk buat yang terbaik kerana Tuhan dan mengharapkan mati benar-benar masa kerehatan. Kemudian cepat-cepat 'get back up', dan teruskan berjalan.

Hati yang sentiasa tenang mengingati Allah takkan terasa kepayahan, kerana ketenangan adalah anugerah buat orang-orang yang beriman.

Dan kata cikgu "solat perlu ada thoma'ninah; baru boleh mencapai ketenangan"


Kerana Mereka Ibu, dan Dia Tuhan

Dari emak, 13 September 2012
Mereka insan mulia bergelar ibu. Allah campakkan rasa kasih yang tidak terhingga kepada seorang ibu terhadap anaknya.

Tetapi kasih dan belas Allah pada hambaNya melebihi kasih ibu pada anaknya.

Subhanallahil 'adzhim subhanallahi wabihamdih.

Hati itu-izinkan ia hidup

Barr Smith Lawn, Adelaide Uni
Rumput yang kekuningan ini hanya beberapa hari sahaja dilindung daripada mendapat cahaya matahari. Jika terus dihalang, ia akan terus kekuningan, kering, lalu mati.

Begitulah juga hati manusia. Jika hati itu terus dizalimi, ditutup daripada kebaikan, ingat mengingati, serta nasihat menasihati, hati yang hidup dalam gelap zaman fitnah ini akan semakin hitam, 'sakit', dan ditakuti semakin keras lalu mati.

Penggabungan kita dengan Islam bukan sahaja bermakna kita bersetuju untuk hidup dengan Islam, tetapi hidup untuk Islam.

Di bahu kita ada amanah untuk menghidupkan roh dan semangat setiap individu dalam masyarakat. Jadi jangan putus asa untuk terus mendidik masyarakat dengan akhlaq, ilmu, dan iman.

Allah berkuasa menghidupkan bumi setelah matinya, begitulah juga hati manusia...

Persembahan yang Terbaik

Di Baitul 'Adnin-Lincoln Rd, ketika hari lahir Ainul

Nasi goreng 'Adnin dan nasi goreng Firdaus asalnya sama saja sedapnya. Tetapi nasi goreng Firdaus dihias dengan hirisan lada hijau beserta gulungan telur dadar, dan campakkan bawang goreng beserta taburan daun sup yang harum, menyebabkan nasi goreng Firdaus lebih digemari ramai dan kelihatan lebih menyelerakan untuk dimakan.

Dalam ramai-ramai manusia yang solat, ada orang yang solatnya jarang dil
ewatkan. Pakaiannya bersih, wudhu'nya dilengkapi dengan doa setiap kali anggota dibasuh. Solatnya tenang bersama thoma'ninah. Fokusnya cuma solat. Sebelum dan sesudah solat diringi dengan solat sunat rawatib. Dia tidak tergesa-gesa pergi meninggalkan sejadah tetapi terlebih dahulu beristighfar, berzikir mengingati Tuhan. Kemudian dengan sungguh-sungguh dan rendah hati, doa dia panjatkan.

Agak-agaknya antara solat ala kadar atau solat dalam keadaan yang terbaik, yang mana lebih disukai Tuhan?

Masaklah masakan terbaik untuk insan yang kita sayang.
Dan solatlah dalam keadaan terbaik sebagai tanda syukur dan perhambaan kita pada Tuhan.

Subhanallahi wabihamdih. Subhanallahil 'adzhim.

Anugerah

Autumn Photo shoot, berdekatan Adelaide City State Library
Allah yang Maha Adil mengurniakan manusia berbeza2 kebolehannya. Ada yang cepat belajar tetapi sedikit malas. Ada yang lambat faham tetapi Allah kurniakan kesungguhan dan kerajinan berusaha.

Allah yang Maha Pengasih menghadiahkan manusia dengan pelbagai nikmat dan keistimewaan. Ada yang lunak suaranya. Ada yang indah paras rupanya. Ada juga yang menawan kata-katanya.

Anugerah Allah itu bukan saja sebagai nikmat, tetapi juga ujian buat kita. Untuk menguji yang mana lebih baik amalannya. Sejauh mana kita manfaatkan dan hargai mengikut cara yang Dia suka.

Seperti daun2 yang gugur, kering, kekuningan, lalu hancur. Begitu juga hayat kita.Yang sakit itu akan hilang. Yang seronok itu juga akan pergi. Tapi pertemuan dengan yang Abadi itu pasti. Maka berjalanlah di atas muka bumi ini dengan rendah hati dan responlah terhadap nikmatNya sebagai tanda syukur pada Si Pemberi.

Doa'

Prepared by adik-adik usrah
Kita selalu baca doa sebelum makan. Sebelum tidur. Sebelum naik kenderaan. Sebelum masuk tandas.

Tapi kita selalu lupa baca doa selepas makan. Selepas bangun tidur. Selepas naik kenderaan. Selepas selesai hajat.

Doa bukan saja tanda pergantungan dan pengharapan kita.
Doa juga tanda syukur kita.

Dan nikmat syukur itu sesungguhnya lebih besar daripada nikmat perkara yg disyukuri itu sendiri.

 — with Nur Diana NordinAinul Shakirah Shafie, Siti nurliyana and Idayu Hamzah.


Tunggu Sebentar, Solatlah Dulu

Ayam Madu bakarku yang hangus
Jangan sekadar solat, tetapi solatlah di awal waktu. Jangan sekadar solat di awal waktu, tetapi solatlah di awal waktu secara berjemaah.

Pen, pensil, pemadam, serta papan kekunci yang kita pegang, semuanya berasal dari ciptaan Allah, yang sentiasa bertasbih memujiNya.

Luangkan siap-siap masa pinjamanNya untuk segera memujiNya, memohon ampunanNya, dan keluar tenang sebagai hamba. Janganlah kita tangguhkan solat ketika musim peperiksaan atas sebab untuk memahami ilmu milikNya.

Berleka-leka di dapur, ayam pun hangus. Berleka-leka di dunia, kelak manuisa hangus.

Na’udzubillahi min zaalik.

Saturday, May 5, 2012

Saya Si Kecil.


Antara murabbi yang kukenali
Saya si kecil. Bukan saja dari segi saiz fizikalnya, tetapi juga dari sudut ilmunya. Latihan industri di Technip tahun lalu menyedarkan saya satu perkara penting. Teori tidak semestinya sama dengan praktikal. Mengikut spesifikasi, suhu itu kelihatan bahaya untuk paip. Tetapi menurut senior engineer yang berpengalaman, ‘no worries, it’s fine’.

Seorang anak yang mengkritk cara ibu bapa mendidiknya akan merasai sendiri cabarannya apabila menjadi ibu bapa. Pengguna yang memilih gred beras berbeza di kedai sudah tentu tidak sama dengan petani yang merasai sendiri jerih perih bersawah dengan kuderatnya.

Wednesday, March 21, 2012

How up to date I am?

Am I up to date?

(Kerja Kursus Sejarah, Tingkatan 1)


Today, my youngest brother has officially completed his high school. He did well in his SPM, Alhamdulillah. Just imagine how fast time flies. When I look back, it has been quite a long journey that I've passed through. Yet, I don't know how much time do I have left.

Stephen Covey said that the real mantra of success is sustainability and growth. 

Wednesday, February 22, 2012

Bagaimana lagak kita memandang pelaku maksiat?


(Bendang di Bagan Serai, Perak)

Bagaimana lagak kita ketika memandang pelaku maksiat?

Secara jujurnya, di Adelaide mungkin lebih mudah untuk menahan diri daripada melihat pelbagai perkara yang kurang senang. “biah solehah” meskipun di negara bukan muslim dapat dirasakan bagi kebanyakan orang yang memilih untuk merasainya. Mungkin sebab maksiat yang berlaku agak ‘ekstrim’ seperti clubbing, minum arak, berzina dan sebagainya. Dan mungkin juga orang kurang peduli sebab yang melakukannya bukanlah insan yang bergelar muslim.