Pages

Sunday, April 24, 2011

My Summer 1

(Taman Tasik Proton, Tanjung Malim 3 Feb 2011)

Alhamdulillah. Cuti musim panas kali ini terasa istimewa bagi saya. Sebelum mula praktikal, saya hanya duduk di rumah. Membantu kerja-kerja rumah dan memasak. Walaupun rutin harian sebagai suri rumah sepenuh masa (sejak pemergian bonda tercinta) boleh dikatakan hampir sama saja setiap hari, namun pengajaran dan didikan yang Allah berikan berwarna warni dan cukup berseni.

“Nanti akak takda sapa nak masakkan untuk kami...?” Kata dua orang adik lelaki saya. Bunyinya macam kanak-kanak, tapi yang bongsu sudah pun menjangkau usia 17 tahun.

 “Apa-apa pun Syamil nak akak tau Syamil sayang akak sangat2”

“Sayang akak sampai kiamat”  (versi Anita Serawak?)


Saya melihat adik-adik yang semakin membesar.
Saya melihat abang-abang yang semakin matang.
Saya melihat along yang luar biasa semangat juangnya.
Saya melihat ayah yang manfaatkan pencennya tanpa henti mencari ilmu.

Pandangan saya dalam. Begitu dalam sehingga kadangkala membuatkan hati terasa sayu.

Bagi saya, Allah mengatur hidup kita dengan sangat cantik meskipun kekadang kita terasa perit melaluinya. Kita hanya perlu membuka hati untuk melihat.

Akak dan Udin 9 Jan

Me: Apa maksud halalan thoiyyiban? 
Udin: Halal yang sangat sangat halal.
Me: Hehe halal dan baik.
Udin: (sambil menuruni tangga) Haa along apa contoh makanan yang halal tapi tak baik?
Along: (berfikir...)
Udin: Haa tak tau? Contohnya nasi yang dah basi. Halal, tapi tak baik (tersengih ~sedikit bangga)

Akak dan Udin 10 Jan

Belajar sifat orang yg buat kebajikan. Surah Al-Baqarah 177.

Me:...antaranya memberi harta yg dicintai kpd kaum kerabat.
Udin: Kak nak laptop ko.
Me: (gulp).
Udin: haa ko tak buat kebajikan!
Me: (erk)

Antara yang berbekas di hati adalah sesi-sesi istimewa bersama Udin setiap hari selepas Maghrib. Udin akan membaca Al-Quran lalu saya menyemaknya. Kemudian kami cuba fahamkan maknanya bersama. Selama ini saya hanya bercerita dengan kawan-kawan, tetapi tidak kepada insan terdekat, iaitu adik-beradik sendiri. Saya juga merasakan peri pentingnya didikan ibu bapa kepada anak-anak yang bukan setakat cukup dengan mengajarkan tajwid Al-Quran sahaja, malah perlu diterangkan tujuan serta hakikat kehidupan. Ia adalah proses yang harus dilakukan secara berterusan sehingga mereka ke alam remaja. Pelaburan ini memang bukan mudah sebab ia memakan masa yang panjang. Namun pulangannya amat lumayan. 

?

Macam mana pula?

Bukankah doa anak yang soleh akan menjadi amalan yang tidak akan terputus apabila kita mati nanti? Jadi mari melabur  dalam ASA (Amanah Saham Akhirat) :)

p/s: Udin adik dan anak yang baik. Akak doakan Udin jadi anak soleh, Berjaya di dunia dan akhirat insya Allah. Ameen.






No comments:

Post a Comment