Setiap kali semasa cuti, saya suka untuk melawat guru-guru di KMS. Alhamdulillah, pada tahun ini Allah izinkan saya untuk melawat guru-guru di Ta’yah dan SBPI Gopeng. Hati terasa luluh bila mendengar butir-butir mutiara cikgu mengucapkan doa tulus buat anak muridnya semoga berjaya di dunia dan akhirat.
Terimbau memori di Ta’yah. Di pagi hari, saya dan kawan-kawan akan menunggu cikgu di kereta bagi membantu mengangkat beg. Kadang-kadang sampai berebut-rebut. Fastabiqul khairat? J
Ah rindu zaman-zaman itu. Guru-guru adalah insan mulia yang perlu kita hormati. Cabaran memilih profession ini kini amat berat. Guru-guru bertanggungjawab bukan sekadar mengajar rumus matematik atau teori sains, malah mereka perlu mendidik untuk melahirkan manusia. Segalanya perlu dikaitkan dengan yang Maha Mencipta. Tanpa sabar dan ikhlas, masa yang mereka peruntukkan meninggalkan anak-anak sendiri di rumah bagi mendidik anak-anak orang lain dikhuatiri hanya akan meninggalkan lelah dan penat.
Bersabarlah wahai guru-guru insan luar biasa. Yakinlah masa yang kalian peruntukkan itu bukan merugikan. Malah Allah beri ganjaran hebat. Allah mudahkan urusan secara halus, tanpa kalian sendiri menyedari.
“akan kukenang jasamu cikgu, biarpun masa berlalu
biarpun apa akan terjadi namun kautetap di hati,
terima kasihku ucapkan padamu
kerana baktimu” (SKLS, 1995-1999)
Beberapa foto yang sempat saya rakam,
(Cikgu Suhaimi, Sejarah Tingkatan 3)
(Ustaz Zulkifli, Tafseer Tingkatan 1)
(Ustazah Norsal, Bahasa Arab Tingkatan 2)
(Ustazah Amanah)
(Ustazah Rozaidah, Insya' Tingkatan 1)
(Teacher Raja Azzah)
(Cikgu Nadzri, Geografi Tingkatan 3)
(Asrama Puteri)
(Ustazah Fatimah, warden asrama)
Terima kasih cikgu. Moga Allah rahmati kalian.
Berkatilah ilmu, doakanlah anak muridmu,
Asmak Latib
Tingkatan 1T, 2S, 3S (2001-2003)
Tingkatan 4 Kindi, 5 Kindi (2004-2005)
Tingkatan 1T, 2S, 3S (2001-2003)
Tingkatan 4 Kindi, 5 Kindi (2004-2005)
No comments:
Post a Comment