Larian saya sudah satu kilometer saya kira. Masih lagi berbaki 6 kilometer. Meskipun merentas desa bukanlah menjadi kepakaran, namun tetap saya gagahkan jua. Saya dan rakan-rakan terpaksa meredah jalan berbukit yang dikelilingi hijau pokok-pokok kelapa sawit dan hijau tahi lembu yang sedikit kurang menyenangkan. Sedang gigih saya meneruskan larian, tiba-tiba Cikgu Wan menjemput saya dengan kereta. "Ada orang nak jumpa awak" kata Cikgu Wan, sedikit serius nadanya.
Hati saya mula berdebar. Ia situasi yang mungkin biasa saya tonton di kaca TV. Namun hari ini saya pelakonnya.
"Asma' lain kot cikgu" saya cuba berseloroh bagi memecah kesunyian.
"Eh tak, betui la. Asma' Form 5 dia kata" balas Cikgu Wan dengan loghat utaranya.
Saat Proton Wira cikgu bergerak memasuki perkarangan sekolah, saya dapat melihat kelibat abangah (Apat) dan Pak Su.
Allahuakbar. Apakah yang berlaku?
Allahuakbar. Apakah yang berlaku?
Jantung saya berdegup-degup. Kencang.
Kami bersalaman.
Mata Pak Su dan Abangah merah.
Ah, terasa perit untuk saya bertanya soalan seterusnya.
Ah, terasa perit untuk saya bertanya soalan seterusnya.
"Kenapa bangah?"
................................................................................................................................
................................................................................................................................
"Mak
meninggal."
Mak
meninggal..?
Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar. Luluh rasanya.
meninggal."
Mak
meninggal..?
Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar. Luluh rasanya.
"Innalillah.." saat itu juga air mata terus tumpah. Laju dan panas mengalir ke pipi. Dunia terasa terhenti seketika. Gelap pandangannya.
"Bila?"
"Pagi tadi"
Saya bergegas berlari ke bilik untuk mengemas pakaian. Sambil itu air mata tidak henti-henti gugur. Hati tidak henti-henti memujuk supaya bersabar, kuat, dan redha dengan ketentuan Allah.
Hari ini saya teringat kembali tarikh keramat itu. 6 tahun sudah berlalu sejak emak yang amat saya cintai pergi menghadap Ilahi. Pemergian itu sememangnya amat mengejut kerana emak seorang yang sihat dan ceria. . Sesekali saya akan menemaninya keluar berjogging di Subuh hari. Namun, bukankah perancangan Tuhan itu penuh hikmah?
Ibuku Hasnah,
kau ibu mithali
kau isteri dan anak solehah
kau ajarkanku alif ba ta sehingga aku tahu membaca Quran
kau kenalkan aku dengan Sang Pencipta
kau memujuk kala aku sedih
kautiup semangat saat aku hampir jatuh
Emak yang kusayang
pemergianmu tidak pernah kusangka
berat, namun tidak sekali aku menyesali
kerna kusedar ini ketentuan Ilahi
memang belum sempat aku ucap terima kasih
belum sempat aku pohon maaf
belum sempat aku melafaz cinta
apatah lagi untukku balas segala jasa
apatah lagi untukku balas segala jasa
Ya Allah
cintaku pada ibuku kerna cintaku padaMu
ampunilah dosanya
terimalah amalannya
letakklanlah dia bersama mereka yang Engkau cintai
jadikanlah pengakhiran baginya syurga yang sedia menanti
Rasululullah S.A.W bersabda: “Apabila matinya seseorang insan, maka akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan daripadanya dan doa anak soleh yang sentiasa mendoakannya.” (Diriwayatkan oleh Abu Hurairah)
Mak, terima kasih kerana telah mendidik kami dengan tanganmu.
Moga kami jadi anak soleh solehah yang tak akan pernah lupa mendoakanmu.
5 Februari 2011
Moga kami jadi anak soleh solehah yang tak akan pernah lupa mendoakanmu.
5 Februari 2011

No comments:
Post a Comment