Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Alhamdulillah, anda dan saya masih boleh tersenyum hari ini. Daripada Allah kita datang, kepada Allah juga kita akan kembali. Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, keluarga dan para sahabat baginda, para tabi’ tabi’in.
Kawan-kawan, kadang-kadang Allah uji kita dengan pelbagai kesakitan.
Sekecil
Tangan bintat terkena gigitan nyamuk.
Kaki luka terpijak duri semalu.
Sebesar
Kencing manis.
Darah tinggi.
Mungkin lebih kronik seperti
Kanser usus, jantung berlubang, dan AIDS.
Kadang-kadang Allah uji juga kita dengan kesakitan lain.
Ibu meninggal dunia.
Hidup miskin dan melarat.
Kawan tikam belakang.
Susah belajar.
Anak murid tak dengar cakap.
Rasa hidup keseorangan.
Rasa tiada harapan.
Allah menguji kita dengan kesakitan, namun Dia jugalah yang akan menyembuhkan. Dia memberi ujian, dosa kita pula diampunkan. Dia menarik sesuatu nikmat daripada kita, tetapi Dia sebenarnya telah menyediakan kita dengan nikmat yang lebih besar iaitu sabar. Subhanallah.
Harapan saya yang kerdil ini adalah untuk mengajak diri sendiri dan rakan-rakan agar sentiasa bersangka baik dengan Tuhan. Yakin bahawa sesungguhnya bersama kesusahan ada kemudahan. Jadi, jangan sesekali putus harapan dan teruskanlah berjalan.
Harapan saya yang kerdil ini adalah untuk mengajak diri sendiri dan rakan-rakan agar sentiasa bersangka baik dengan Tuhan. Yakin bahawa sesungguhnya bersama kesusahan ada kemudahan. Jadi, jangan sesekali putus harapan dan teruskanlah berjalan.
Sami Yusuf, Healing.
“ dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkanku” [26:80]
-Healing.
-Healing.

No comments:
Post a Comment