![]() |
| Autumn Photo shoot, berdekatan Adelaide City State Library |
Allah yang Maha Adil mengurniakan manusia berbeza2
kebolehannya. Ada yang cepat belajar tetapi sedikit malas. Ada yang lambat
faham tetapi Allah kurniakan kesungguhan dan kerajinan berusaha.
Allah yang Maha Pengasih menghadiahkan manusia dengan
pelbagai nikmat dan keistimewaan. Ada yang lunak suaranya. Ada yang indah paras
rupanya. Ada juga yang menawan kata-katanya.
Anugerah Allah itu bukan saja sebagai nikmat, tetapi juga ujian buat kita. Untuk menguji
yang mana lebih baik amalannya. Sejauh mana kita manfaatkan dan hargai mengikut
cara yang Dia suka.
Seperti daun2 yang gugur, kering, kekuningan, lalu hancur.
Begitu juga hayat kita.Yang sakit itu akan hilang. Yang seronok itu juga akan
pergi. Tapi pertemuan dengan yang Abadi itu pasti. Maka berjalanlah di atas
muka bumi ini dengan rendah hati dan responlah terhadap nikmatNya sebagai tanda
syukur pada Si Pemberi.

No comments:
Post a Comment