(Bendang di Bagan Serai, Perak)
Bagaimana lagak kita ketika memandang pelaku maksiat?
Secara jujurnya, di Adelaide mungkin lebih mudah untuk menahan diri daripada melihat pelbagai perkara yang kurang senang. “biah solehah” meskipun di negara bukan muslim dapat dirasakan bagi kebanyakan orang yang memilih untuk merasainya. Mungkin sebab maksiat yang berlaku agak ‘ekstrim’ seperti clubbing, minum arak, berzina dan sebagainya. Dan mungkin juga orang kurang peduli sebab yang melakukannya bukanlah insan yang bergelar muslim.
Namun, apabila kembali ke Malaysia, di negara yang kebanyakannya muslim, pelbagai perkara yang tidak sedap dilihat itu harus didepani secara realiti. Couple bermesra di sana sini, berehat-rehat bermain dam ketika azan meninggi, warga emas cuba-cuba untuk jadi penyanyi; dan pelbagai lagi.
Hari-hari pertama pulang ke rumah, hati sesak tidak senang dengan itu dan ini. Satu hari ketika saya agak banyak komen, along ‘menampar’ saya dengan satu ayat yang berbekas di hati.
“Dahlah kak, kalau tak suka cakap sekali je, and then diam. Jangan komen lebih-lebih”.
Bedebush.
Rasa macam kena tampar laju-laju kat pipi. Semangat muda (atau mungkin symptom Gen Y) saya menyebabkan saya masih berfikir..
“salahkah kalau aku tak suka pada perkara begini?”
Lebih dua bulan di tanah air, Allah berikan jawapan kepada saya setelah kembali ke bumi kangaroo ini. Satu hari, saya mencari-cari video Sheikh Habib Ali Aljufri di Youtube, dan mata saya kemudiannya tertarik melihat video yang bertajuk:
“Bagaimanakah cara memandang pelaku maksiat”
Sheikh Habib Ali memulakan ceritanya dengan kisah seorang 'abid dari kalangan Bani Israel yang telah beribadat selama 500 tahun. 'Abid yang alim ini terserempak dengan seorang pelaku maksiat dari kalangan bani Israel yang tak pernah mentaati perintah Allah.
Mereka berselisih di perjalanan.
Si 'abid berpaling kerana berasa takabbur dengan amalannya dan memandang hina pada si pelaku maksiat.
Si pelaku maksiat berpaling kerana malu dengan Allah, berasa begitu kecil pada ‘abid yang alim ini.
Ketika mereka berselisih, awan yang manungi si 'abid ini meninggalkannya lalu berpindah kepada si pelaku maksiat.
Nastahgfirullah. Nastaghfirullahal ‘adzhim wanatubu ilaih..
Bagaimanakah pandangan kita kepada orang yang melakukan kesilapan?
Malulah kita kepada Allah jika kita memandang makhluk lain dengan rasa hina kerana perbuatan mereka.
Hinalah maksiat, tetapi jangan hina pelaku maksiat.
Hinalah kekufuran, tetapi jangan hina orang yang kafir.
Kerana kita tidak pernah tahu bagaimana penghujung kita dan dia.
Pesan Sheikh Habib,
“Berjaga-jagalah wahai orang yang hendak menuju kepada Allah, janganlah kamu memandang orang yang berdosa dengan pandangan yang hina. Ia adalah pandangan yang dilarang kerana ia menzalimi hati. Pandangan sedemikian menjadikan hati menjadi gelap..”
Sheikh Habib Ali menekankan, terdapat tiga pandangan yang harus kita jauhi (pandangan yang menzalimi hati):
1) Melihat kepada aurat (apa yang diinginkan nafsu)
2) Melihat dunia dengan pandangan kebesaran
3) Melihat makhluk Allah dengan pandangan penghinaan
Untuk mengatasinya, pandanglah dengan pandangan yang boleh menambah cahaya pada hati kita.
Pandanglah segala yang boleh mendekatkan diri kita kepada Allah.
Pandanglah ibu bapa, ‘ulama’, kawan-kawan seaqidah dengan pandangan kasih sayang.
Pandanglah pelaku maksiat dengan pandangan belas kasihan.
Pandanglah orang yang taat dengan pandangan kemuliaan.
Sesungguhnya mata kita ini sangat bernilai. Kerana Allah menciptakannya untuk kita melihat wajah Allah yang lagi Maha Mulia.
Lantaran itu, wahai manusia yang diciptakan Allah dengan kehendakNya. Diciptakan mata ini untuk kita melihat wajah Allah yang lagi Maha Mulia. Maka perbaikilah mata ini kerana wajah Allah sangat mulia.
Marilah kita bersihkan ia dengan ketakutan kepada Allah, dan berazam untuk menjaganya agar disinari hati kita ini. Mudah-mudahan nanti kita berjumpa Allah dalam keadaan Dia redha kepada kita.
Lantaran itu, wahai manusia yang diciptakan Allah dengan kehendakNya. Diciptakan mata ini untuk kita melihat wajah Allah yang lagi Maha Mulia. Maka perbaikilah mata ini kerana wajah Allah sangat mulia.
Marilah kita bersihkan ia dengan ketakutan kepada Allah, dan berazam untuk menjaganya agar disinari hati kita ini. Mudah-mudahan nanti kita berjumpa Allah dalam keadaan Dia redha kepada kita.
Wallahu’alam.
P/s: petikan daripada video Sheikh Habib Ali Aljufri. Semoga Allah memberikan beliau setinggi-tinggi balasan kebaikan.
No comments:
Post a Comment