![]() |
| Barr Smith Lawn, Adelaide Uni |
Rumput yang kekuningan ini hanya beberapa hari sahaja
dilindung daripada mendapat cahaya matahari. Jika terus dihalang, ia akan terus
kekuningan, kering, lalu mati.
Begitulah juga hati manusia. Jika hati itu terus dizalimi,
ditutup daripada kebaikan, ingat mengingati, serta nasihat menasihati, hati
yang hidup dalam gelap zaman fitnah ini akan semakin hitam, 'sakit', dan
ditakuti semakin keras lalu mati.
Penggabungan kita dengan Islam bukan sahaja bermakna kita
bersetuju untuk hidup dengan Islam, tetapi hidup untuk Islam.
Di bahu kita ada amanah untuk menghidupkan roh dan semangat
setiap individu dalam masyarakat. Jadi jangan putus asa untuk terus mendidik
masyarakat dengan akhlaq, ilmu, dan iman.
Allah berkuasa menghidupkan bumi setelah matinya, begitulah
juga hati manusia...

No comments:
Post a Comment