Pages

Saturday, February 15, 2014

“Di manakah aku dalam hidupmu?” Al-Quran.



Ramai orang yang terkesan dan benar-benar mengubah cara hidup mereka selepas membaca buku seperti 7 Habits of Highly Effective People.  

Ramai pula orang yang makin bersemangat, boleh menangis, atau merasa tenang mendengarkan kata-kata hikmat, bait-bait lagu mahupun puisi yang indah.

Begitulah kuatnya kuasa buku dan penggunaan bahasa.

Kata orang, ayat-ayat cinta paling sedap didengar dalam Bahasa Indonesia dan Hindustan. Boleh test-test sendiri untuk kepastian :)

Mungkin ramai pembaca mengatakan (claim) beliau mempunyai idea yang sama saja dengan sesetengah penulis buku. Hakikatnya memang ramai yang boleh memerhati, berfikir dan melontarkan idea, tetapi tidak ramai yang boleh menstrukturkan idea tersebut dalam bentuk tulisan dengan baik. Di situlah kekuatan seorang penulis. Ditambah dengan penggunaan bahasa yang mengesankan, orang akan berulang kali membaca intipati buku tersebut dan dijadikannya panduan terutama apabila berhadapan dengan situasi- situasi tertentu.

Cuba pula kita bayangkan jika ramai di kalangan kita yang boleh memahami buku dan rujukan terbaik, dengan bahasa terbaik, 

Al-Quranul Kareem.

Yang dikarang bukan sembarangan orang, tetapi Allah s.w.t, Tuhan sekalian alam. Raja segala raja. Yang Maha Pakar, pemilik segala ilmu pengetahuan. Jika kita bena-benar menghidupkan Al-Quran, bagaimana besar agaknya impaknya dalam kehidupan kita seharian? Jika lagu-lagu serta bait kata nan indah boleh menghidupkan jiwa yang sedang lemah dan kesedihan, bagaimana pula jika yang memujuk itu ialah Allah s.w.t, Tuhan yang mencipta hati dan perasaan? Tetapi disebabkan Al-Quran mungkin kita hias cantik hanya sebagai barang hantaran, atau kita letakkan dalam rak kaca supaya ‘malaikat masuk’ ke dalam rumah, atau kita baca tetapi malas untuk meneliti tafsir, atau sekurangnya membelek terjemahan, menyebabkan kita kehilangan harta paling bernilai yang ada di tangan. 

               A very inspiring video. Blind Boy Speaks to Sheikh Fahad Al Kanderi

Apakah agaknya nanti alasan yang dapat kita berikan bila berhadapan dengan Tuhan dek kerana malas membaca, apatah lagi menghafal dan memahami Al-Quran?
Adakah cukup sekadar pembelajaran tajweed yang terhenti di zaman persekolahan untuk menjadi hujah bagi kita mendapatkan syafaat dari Al-Quran?

                                                        A must read book.

Al-Quran,
Kitab yang tidak ada lansung keraguan padanya.
Yang hebat bahasanya mengalahkan sekalian penglipur lara.
Yang perlu kita tunaikan hak diri kita untuk sentiasa berdamping dengannya.
Yang memujuk kita kala kita luka, menghidupkan hati kita saat hampir putus asa.
Yang mengingatkan kita tika kita hampir terjerumus ke jurang neraka.
Kerna yang menyusun dan berkata itu ialah Allah yang Esa.
Yang 'arif benar tentang hambaNya.
Yang amat belas, suka hambaNya mengadu dekat padaNya.
Yang Maha Pengampun, suka untuk memasukkan hambaNya ke dalam syurga.
Yang mengirimkan Al Quran buat peneman mereka.
Sebagai rahmat bagi yang sudi menerimanya.

“Jangan kau bersedih, Aku sentiasa ada.”


  Rahman Ya Rahman From Sheikh Mishary Rashid Al Fasi. One of my favourite songs :)
…………………………………………………………………………………………………………..
Di Adelaide, aku pernah pergi sekali ke kelas Al Quran (tak silap di tahun keempat). Alasannya sibuk dengan homework, projek dan yang seangkatan. Kali kedua aku pergi dah masuk buku kedua. Aku rasa sedikit malu (sebenarnya: malu banyak!) dengan Ustazah. Aku pun mengadu pada Ustazah Lubna,

“Ustazah, I am quite busy with project etc..  Can you make du’a for me so that I can at least istiqomah in reading Quran?”

After a long ‘chat’ Ustazah reminded me with this,

“You won’t have time. You have to allocate time.”

“Al Quran gives you barakah in time. So keep reading it.”

Allahuakbar.. #_#
…………………………………………………………………………………………………………..
Mari terus belajar.


Subhanallahi wabihamdihi subhanallahil ‘adzhim. Allahumma solli ‘ala Sayyidina Muhammad wa aalihi Muhammad.


p/s: Jazakumullahu khayr al jazaak buat Allayarham atuk Hashim dan bonda Hasnah (moga Allah merahmati roh mereka), juga ayahanda tercinta, Ab Latib Hashim, Ustaz Radzi dan Cikgu Mutalib KMS, Bro Hani dan Sister Lubna (Adelaide) dan guru guru yang tidak dapat disenaraikan kesemuanya, dari tadika, sekolah rendah, menengah dan semua yang pernah mengajar diri ini dengan Al Quran. Moga Allah menjadikan ia sebagai saham yang berterusan buat kalian. Ameen.

No comments:

Post a Comment